ASBF vs ASB Biasa

BUKTI ASB FINANCING JAUH LEBIH UNTUNG DARIPADA ASB BIASA.

Ramai yang tanya saya soalan,

"Apa beza ASB Financing (ASBF) dengan simpan ASB macam biasa? Kenapa perlu berhutang untuk melabur di ASB?".

Sebab ramai yang tanya, maksudnya memang ramai yang tak tahu dan ramai juga yang nak tahu.

Orang buat ASBF, kau pun nak buat. Ikut tanpa ada matlamat dan tak faham pun macam mana ASBF boleh bagi untung lebih besar berbanding simpanan ASB biasa.

Nak melabur kat mana-mana platform sekalipun, kena faham potensi, risiko dan teknik-teknik.

Jadi, saya nak kongsikan kiraan asas untuk buktikan ASBF adalah lebih bagus daripada ASB biasa.

Pertama sekali, kau kena download dan install app Financial Calculators dalam fon android kau. Kalau pakai Apple, cari app EZ Calculators.

Dalam app tu ada macam-macam jenis kalkulator tau. Tapi kau perlu pakai beberapa jenis kalkulator je. Screenshot kiraan saya ada letak kat ruangan komen.
.
.
.
SIMPANAN ASB BIASA.
HASIL PUN BIASA-BIASA.

Katakan kau mampu simpan RM1,080 sebulan.

Kenapa RM1,080? Suka hati sayalah. Haha! Jadi, setiap bulan, kau pun simpanlah RM1,080 dalam akaun ASB selama 3 tahun. Katakan purata dividen adalah 7%.

Kira guna Compound Interest Calculator.

Monthly Deposit: 1,080
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 7
Compounding: Annually

Total Principal: 38,880.00
Maturity Value: 43,228.58

Jadi, hasil yang kau dapat termasuk dividen terkumpul hanyalah RM43,228.58 lepas 3 tahun.

Lagi malang, kalau kau simpan sendiri dalam tabung buluh kat rumah tu, kau cuma dapat RM38,880 saja (Rujuk Total Principal).
.
.
.
ASB FINANCING.
UNTUNG LEBIH BANYAK.

Kau mampu simpan RM1,080 sebulan. Jadi, mohon ASBF maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan 30 tahun.

Setiap bulan, kau bayar ansuran RM1,080. Contoh kadar keuntungan bank adalah 5.05% dan dividen purata ASB adalah 7%.

Jom kita kira berapa kau dapat pada tahun ke 3.

Kira guna Loan Calculator.

Loan Amount: 200,000
Interest Rate: 5.05% per year
Loan Term: 30 Years
Monthly Payment: 1,079.76

Amortization Schedule: 190,766.21 (Bulan ke-36)

Maksudnya pada bulan ke-36, baki ASBF kau adalah RM190,766.21. Maka, principal terkumpul kau pada waktu tu adalah RM200,000 - RM190,766 = RM9,234

Kira guna Compound Interest Calculator.

Principal Amount: 200,000
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 7
Compounding: Annually

Interest Amount: 45,008.60

Interest amount tu adalah mewakili dividen kau yang compounding selama 3 tahun.

Nak tengok berapa jumlah besar yang kau dapat, kena tambahkan principal terkumpul dan dividen compounding ni.

RM9,234 + RM45,008 = RM54,242

Jadi, hasil yang kau dapat adalah RM54,242 setelah 3 tahun!! Banyak tu. Boleh buat duit deposit beli dua buah rumah. Jangan kau buat joli pulak.
.
.
.
RUMUSAN

Kalau kau mampu simpan RM1,080 sebulan selama 3 tahun, kau nak simpan dalam tabung buluh kat rumah atau simpanan biasa kat ASB atau gunakan ASB Financing untuk maksimumkan keuntungan?

Simpan dalam tabung buluh:
RM1,080 x 12 x 3 = RM38,880 (Modal)

Simpanan biasa ASB:
RM43,228 - RM38,880 = RM4,348 (Net Profit)

ASB Financing:
RM54,242 - RM38,880 = RM15,362 (Net Profit)

Nak untung RM15,362 atau RM4,348 selepas 3 tahun dengan modal RM1,080 sebulan? Pilihlah sendiri. Matematik tak menipu. Saya dah buktikan dengan pengiraan.
.
.
.
BERHUTANG UNTUK MELABUR?

Ada orang muflis sebab hutang. Ada orang jadi kaya sebab pandai uruskan hutang dengan baik. Kau pilihlah kau nak jadi yang mana.

Kau ada duit tunai RM200,000 sekarang? Tak ada kan?

Jadi kau gunakan duit bank RM200,000 untuk melabur selama 3 tahun dan dapat tunai terkumpul sebanyak RM54,242. Bijak! Kalau tak, kau hanya dapat RM43,228 saja dengan ASB simpanan biasa.

Ini cuma pengiraan asas. Senang sangat nak faham.

RM1,080 sebulan adalah komitmen yang besar? Ala, ikutlah kemampuan kau sendiri. Kalau mampu RM540 sebulan, kau buatlah kiraan untuk ASBF RM100,000 pula.
.
.
.
Boleh WhatsApp saya SEKARANG untuk set appointment dan saya akan share gameplan yang sesuai dengan anda.

Klik link www.wasap.my/60132248369/ASBF

Nota:

1. Andaian kadar keuntungan bank adalah 5.05%.

2. Andaian purata dividen adalah 7% tanpa masuk kiraan bonus. Kalau masuk bonus, lagi banyak akan dapat.

3. Ini adalah tulisan peribadi, tidak mewakili mana-mana pihak lain.


Kredit: Harith Faisal

Comments

Popular posts from this blog

ASBF- Teknik Hybrid-

Apa itu ASB dan ASBF

ASBF- Tempoh Pendek @ Panjang-