Posts

Showing posts from November, 2018

Pilihan ASBF @ Kereta? Kenapa Tak Pilih Kedua-dua..

ASB Financing or Kereta ================= Teknik ni sudah banyak diperkatakan oleh ramai pakar kewangan di media social. Sengaja saya nak share sekali lagi teknik ni supaya ramai orang dapat hadam kaedah yg popular ni.  Jadi, tolong la hadam betul-betul apa yg mereka cuba sampaikan. Paham kan betul-betul kaedah di bawah ni. Pastikan diri anda bijak menguruskan kewangan. So, hadam. Honda Civic 1.8S (2016) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Price OTR : RM 113,800 Loan 90% : RM 102,420 Interest Rate : 3% Tenure : 9 years Monthly Installment : RM 1,204 ASB Financing ~~~~~~~~~~~ Financing Amount : RM 200,000 Profit Rate : 5.2% Tenure : 30 years Monthly Installment : RM 1,100 Assuming Dividend (7.25%) : RM 14,500 Dividend Divide by 12 months : RM 1,208 Kesimpulannya, buat dulu ASB Financing RM200K, sabar dalam setahun. Dapat dividend, beli kereta baru, bayar setahun installment kereta pakai dividend ASB. End up, komitmen bulanan hanya bayar RM 1,100 dan dapat bayar installment ...

ASBF- Kumpul RM30k-

Cara Mudah Kumpul Duit RM30K++ Dalam Masa 4 Tahun ****************************************************** Sesuai Untuk Yang Bergaji Kecil & Sederhana. Untuk Bajet Kahwin, Beli Rumah, Kereta, Dan Simpanan Wang Tunai. Idea ini sesuai untuk mereka yang bergaji kecil dan mampu simpan antara RM300-RM600 setiap bulan.  *** 1. Tahun 2018 (Umur 23) ASB Financing RM50K Ansuran bulanan: RM270 Keuntungan bank: 5.05% Takaful Pembiayaan ASB: Tiada Tempoh pembiayaan ASB: 30 tahun Tahun pertama mohon ASBF RM50K. Bayar ansuran RM270 setiap bulan guna duit sendiri. Dapat dividen simpan. Jangan usik. Biarkan compounding. 2. Tahun 2019 (Umur 24) Tahun kedua korang tambah lagi ASBF RM50K. Yang ni pun kau bayar guna gaji. Komitmen korang sekarang RM270+RM270. Kalau tak cukup, boleh tarik guna duit dividen juga. Ikut keadaan semasa. 3. Tahun 2020 (Umur 25) ASB Financing RM100K Ansuran bulanan: RM540 Keuntungan bank: 5.05% Takaful Pembiayaan ASB...

Apa itu ASB dan ASBF

Pemahaman Asas Kepada ASNB ********************** ASNB adalah singkatan bagi Amanah Saham Nasional Berhad. Ia ditubuhkan pada 22 Mei 1979. Apa kaitan dengan PNB? ➡ Anak syarikat PNB. Berapa Dana yang diurus? ➡ 12 dana. ASB adalah salah satu dana yang diuruskan. Siapa yang layak? ➡ Kaum bumiputera.  ➡ Terbahagi kepada dua akaun iaitu akaun Dewasa dan akaun Remaja. . . Berapakah harga seunit? ➡ Harga seunit adalah RM1. . . Bagaimana untuk melabur? ➡ Pelabur boleh simpan sendiri atau melalui pelaburan. . . Pelaburan minimum ➡ Buka buku minimum RM10 @ 10 unit. . . Pelaburan tambahan ➡ Minimum bagi simpan sendiri adalah satu unit. ➡ Bagi pelaburan pula, sijil dalam gandaan 1,000 unit. . . Dimanakah untuk melabur? ➡ Melalui agent, bermula pada RM10,000 @ 10,000 unit. . . ASB beri dividen setiap tahun. Dividen(sekiranya ada) diberi pada awal tahun bagi asb. Tak kira pelaburan sendiri ataupun melalui financ...

ASBF- Teknik Hybrid-

Teknik Hybrid ASBF ===•===•===•===• Dalam ASBF selain dari teknik rolling dividen dan compounding yang popular ada satu lagi teknik yang popular yang pasti keuntungan lebih sedikit dari teknik rolling dividen.. Ok cara teknik ini sangat sesuai untuk anda yang bergaji rendah dan sederhana.. Caranya adalah apply ASBF RM50K setiap tahun sehingga max RM200K Contoh rujuk gambaran dibawah: 🔵 Tahun Pertama apply ASBF RM50K bayaran bulanan RM270/bulan  Cukup setahun dapat dividen RM3500.00 Guna RM3240.00 untuk bayar ASBF tahun pertama dan ada surplus RM260 Ulang langkah tersebut hingga tahun ke-4 dan nilai sijil sudah menjadi RM200k.. Habis Tahun ke-5 Terminate sijil ASBF Hasil yang anda peroleh adalah RM14,000 (Dividen) RM1040 (Surplus) Untuk teknik ini disiplin dan fokus yang tinggi amat diperlukan dalam tempoh tersebut kena tahan diri dari terguna duit dividen yang diperoleh pada setiap tahun.  Alah bisa tegar biasa bila sudah lama-...

ASBF vs ASB Biasa

BUKTI ASB FINANCING JAUH LEBIH UNTUNG DARIPADA ASB BIASA. Ramai yang tanya saya soalan, "Apa beza ASB Financing (ASBF) dengan simpan ASB macam biasa? Kenapa perlu berhutang untuk melabur di ASB?". Sebab ramai yang tanya, maksudnya memang ramai yang tak tahu dan ramai juga yang nak tahu. Orang buat ASBF, kau pun nak buat. Ikut tanpa ada matlamat dan tak faham pun macam mana ASBF boleh bagi untung lebih besar berbanding simpanan ASB biasa. Nak melabur kat mana-mana platform sekalipun, kena faham potensi, risiko dan teknik-teknik. Jadi, saya nak kongsikan kiraan asas untuk buktikan ASBF adalah lebih bagus daripada ASB biasa. Pertama sekali, kau kena download dan install app Financial Calculators dalam fon android kau. Kalau pakai Apple, cari app EZ Calculators. Dalam app tu ada macam-macam jenis kalkulator tau. Tapi kau perlu pakai beberapa jenis kalkulator je. Screenshot kiraan saya ada letak kat ruangan komen. . . . SIMPANAN ASB BIASA. ...

ASBF- Tabung Kahwin-

Membina Tabung Kahwin @ Deposit Rumah RM16K Dalam Tempoh 12 Bulan ***************************************** Jika korang rancang nak kahwin atau nak beli rumah tetapi masih tak cukup simpanan boleh guna teknik ini. Ajak pasangan korang buat ASBF sama-sama. Dua-dua nak kahwin kan, jadi dua-dua kena berkorban untuk menyimpan. Tak adil kalau kau sorang je bagi komitmen kan.  Ini juga untuk masa depan korang berdua supaya tidak berhutang sana-sini.  *** Jika korang masih bujang dan tiada tanggungan,  elok lah menyimpan 50% daripada gaji. Jika gaji RM2200 korang sepatutnya boleh menyimpan RM1100.  Dengan jumlah tu elok lah korang buat ASBF RM200K. Dapat menyimpan dan melabur dalam masa yang sama. Bestkan.  1. Mohon ASBF RM200K. Kenapa sekarang? Sebab nak bayar bermula pada bulan Januari. Promosi rate 5.05% sampai akhir tahun ni je. Kalau masih duk tangguh lagi nanti rate naik. Lagi tinggi korang kena bayar. 2. Bayar setiap bulan RM10...

ASBF Force Saving Terbaik

ASB Financing Luar Biasa@ Biasa-Biasa ==•==•==•==•==•==•==• Tahun pertama buat sijil ASB Financing RM100k, bayaran bulanan pada bank RM550. Lepas setahun, dapat dividen RM7,250 Tahun seterusnya tambah lagi satu sijil ASB Financing RM100k, tak perlu keluar duit kocek untuk bayar pada bank. Guna Dividen dari Sijil 1 untuk langsaikan komitmen bulanan setahun terus bagi Sijil 2 sebanyak RM6,600. Baki Dividen sekarang tinggal lagi RM650. Biarkan saja. Tapi jangan lupa untuk teruskan membayar RM550 komitmen bulanan kepada bank bagi sijil pertama RM100k. Hujung tahun kedua terima Dividen dari kedua-dua sijil serentak. Dividen pada waktu itu dah cecah nilai RM14,500. Sama saja, ulang proses kewangan seperti sebelum ni. Langsaikan setahun terus untuk sijil kedua sebanyak RM6,600. Sijil pertama tetapkan terus membayar pada RM550 sebulan kepada bank. Baki dividen setelah langsai ialah RM7,900 ketika ini. Ulang proses yg sama sehingga terima dividen Tahun 5, full amount sebany...